Wednesday 1 May 2013

RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN. BIAR BETUL.

Sedang kita kedengaran di laman internet ada blog yang membuat fitnah mengenai rumpai laut. Tidak cukup dengan itu, banyak forum yang berbincang serta ingin menjatuhkan industri rumpai laut. Tidak tahukah mereka bahawa industri rumpai laut adalah satu projek kerajaan yang berskala besar dan mempunyai nilai eksport yang menguntungkan untuk dipasarkan ke luar negara. Sebelum kerajaan memutuskan untuk membina industri ini, penyelidikan telah dijalankan oleh saintis negara untuk mencungkil khasiat dan kehebatan rumpai laut pada kesihatan.

Pelbagai komen saya terima dari pelanggan yang telah menjadi pelanggan tetap saya, mengatakan rumpai laut tiada kolagen. Ingin saya tegaskan segala tohmahan dan fitnah dalam laman sesawang serta tiada bukti sahih, semua rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayainya, kerana kita mempunyai saintis-saintis yang telah membuat kajian mengenai rumpai laut. 

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM. 

Ingin saya berikan info ringkas mengenai rumpai laut atau dikenali sebagai ibu kolagen. Diharapkan segala penerangan yang telah diberi dapat merungkaikan segala persoalan atau ragu-ragu di kalangan.
INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia 

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG SOALAN, SILA KEMUKAKAN SOALAN ANDA KE ALAMAT EMAIL ATAU NO TELEFON YANG TERTERA DI BAWAH. SEKIAN TERIMA KASIH, MAJULAH INDUSTRI RUMPAI LAUT UNTUK NEGARA. 

EMAIL : zuzuevans77@gmail.com
NO TELEFON : 0174163696/0133926374

No comments:

Post a Comment