Monday 13 May 2013

Rumpai Laut mengandungi racun

Dunia memaksa manusia bersikap negatif pada setiap perkara. Rumpai laut sudah menjadi trend dalam masyarakat hari ini. Tidak perlu diterangkan lagi apa itu rumpai laut. Jika anda masih belum mendapat info yang lengkap mengenai rumpai laut, sila baca di entri post yang telah saya terangkan. Di dalam Laman Web ini, info lengkap mengenai rumpai laut telah saya terangkan dengan lengkap.

Rumpai Laut Beracun?
Saya merupakan pengedar terbesar di zon utara mewakili Penang, Kedah , dan Perlis. Stok rumpai laut yang disimpan ialah melebihi 100kg. Pada mulanya, tiada perkara negatif yang dicanang di laman sosial, kerana media massa tradisional seperti TV3 telah menerangkan bahawa rumpai laut ini sememangnya baik untuk kesihatan. Tatkala menjadi trend yang hangat di kalangan masyarakat Malaysia, ada pula retorik negatif mula tersebar yang mengatakan bahawa rumpai laut ini beracun dan tiada kolagen di dalamnya. buat pengetahun semua pengguna rumpai laut, Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit. 

Hanya Rumpai laut yang busuk mempunyai racun. bagi mengelakkan rumpai laut busuk dan cepat rosak, pastikan anda simpan di tempat GELAP dan KERING. Teknik penyimpanan yang betul akan mengekalkan kualiti rumpai laut anda. Terdapat beberapa pelanggan yang cuba menajtuhkan perniagaan saya dengan mengatakan bahawa rumpai laut yang saya jual ini beracun. perkara ini terjadi ketika saya berniaga di PASAR KARAT, KG BERJAYA ALOR STAR. individu berkenaan mengaku bahawa dia adalah orang sabah dan rasanya dia adalah seorang tentera berdasarkan saiz badannya. Walaubagaimanapun, saya tidak bertindak negatif, tetapi sebalinya saya hanya berkata, " 70% pelanggan saya telah memberikan maklum balas yang positif, rasanya sudah terbukti keberkesanannya". individu itu terus berlalu dan mengakibatkan beberapa pelanggan saya lari dari pandangan.

Tidak mengapa, saya redha dengan segala yang berlaku. saya yakin rezeki ada pada kehendak Allah. saya bukannya menjual produk tiruan atau rosak, tetapi produk yang mampu memberikan impak positif untuk semua pelanggan saya.

hubungi saya jika mempunyai sebarang kekeliruan mengenai rumpai laut,

0174163696 (zufar)

No comments:

Post a Comment