Wednesday 15 May 2013

Wanita yang obses pada kecantikan menggadai prinsip agama dan moral


Wanita amat obses dengan kecantikan malah mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk kekal cantik dan menawan. Tambahan pula, wanita yang berkerjaya sentiasa ingin tampil bergaya pada setiap masa. Pada zaman sekarang, pelbagai produk kecantikan dikeluarkan berasaskan bahan kimia yang rata-ratanya memberi kesan negatif kepada badan dalam tempoh  jangka masa panjang.
Kulit yang cantik, badan yang menawan sentiasa menjadi impian dan idaman setiap wanita. Semakin meningkat usia seseorang wanita, lebih tinggi kehendak dan keperluan mereka untuk cantik. Adakah kecantikan wanita itu hanya dilihat dari sudut luaran tanpa mendalami kecantikan hakiki di dalam hati?
Wanita yang berkerjaya ingin sentiasa kekal cantik untuk lebih bersedia menghadapi cabaran di luar. Berbeza dengan wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa dan kurang mengambil berat mengenai kecantikan dalaman dan luaran. Wanita yang tidak dianugerahkan kecantikan atau tubuh badan yang menawan merasakan diri tidak yakin dan merendah diri. Ini sebenarnya menghalang kemajuan dalam diri seorang wanita.
Lelaki mana yang tidak sukakan wanita yang cantik? Berbohonglah lelaki tersebut jika tidak tertarik dengan wanita cantik dan berbadan menawan. Tapi usah risau wanita yang tidak dianugerahkan kecantikan, anda sebenarnya mempunyai kelebihan lain yang tidak ada dalam diri wanita cantik. Sedih jika dilihat kembali, ramai wanita menjadikan kecantikan luaran adalah satu keutamaan. Mengambil pil-pil kurus yang mengadungi bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan malah boleh menyebabkan kematian.
Kecantikan adalah aset keagungan seorang wanita, Sedarlah wahai wanita, kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya. Apa gunanya wanita yang wajahnya cantik, tapi hatinya buruk dan busuk. Sifat bangga dan ego menyelubungi tanpa ada sifat rendah diri dan tidak sedar kecantikan itu hanyalah pinjaman dari Allah. Wahai wanita peliharalah dirimu, jangan sesekali rebah di pintu neraka akibat kecantikan yang sementara. Ingin saya berkongsi sepotong hadith daripada Abu Hurairah Abd Rahman bin Sakhr RA katanya, “Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu
Percayalah wahai kaum hawa, sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luaran yang dimilikinya. 80% lelaki meletakkan kelembutan jiwa pada tahap atas sekali berbanding kecantikan wajah. Jangan takut dan risau jika tidak bertemu jodoh kerana kuasa Allah besar tidak terhingga. Mata manusia hanya sukakan bentuk rupa fizikal yang cantik sehingga sanggup menghina insan yang lain. Letakkan Al-quran dan sunnah di hati kita supaya diri tidak terjerat dengan mainan asyik dunia.
Wahai wanita, usah terjerat dengan nafsu dunia, sucikanlah hati supaya iman kita sentiasa dipelihara olehNya. Jangan leka jika niat kita untuk cantik hanya kerana lelaki yang bukan muhrim, sebaliknya suami sendiri tidak diendahkan. Berhias cantik wahai wanita untuk suamimu kerana syurga terletak di telapak kaki suami. Bukan senang nak menambat hati suami supaya tidak curang dengan anda.
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda wahai wanita di seluruh dunia. Apa yang telah anda lakukan untuk cantik luaran dan dalaman?

Tuesday 14 May 2013

Rumpai Laut Termurah dab berkualiti dari Samporna


Anda berminat menjadi pengedar rumpai laut?
Ingin pada harga murah?
Ingin menjual secara paket?
Malas nk print pamplet?

Usah risau, kini masalah anda sudah selesai, saya merupakan pengedar terbesar rumpai laut Sabah Gred AAA. Buat masa ini, penjualan rumpai laut gred AAAA (hijau) terdapat sedikit permasalahan dari segi kualiti dan stok. Rumpai Laut boleh disimpan dalam tempoh waktu yang lama. Di sini anda mampu mendapatkan rumpai laut gred AAA yang berkualiti pada harga serendah RM2.30. Malah Kos penghantaran tidak perlu anda khuatiri kerana saya akan menanggung semua kos tersebut. Setiap paket yang dibekalkan berkualiti tinggi dan tidak mudah rosak. jika anda berada di kawasan Perlis, Kota Setar dan Kubang Pasu, harga lebih "special" untuk anda. Lihat contoh rumpai laut yang telah saya sediakan.

KLIK SINI untuk melihat senarai harga terbaru GRED AAA (purple)



jika anda mempunyai sebarang persoalan. hubungi saya sekarang.
0174163696 (sms/call/whatsapp/wechat)

Monday 13 May 2013

SABUN BERAS THAILAND (K BROTHERS)


SABUN BERAS THAILAND

Kehebatan sabun beras Thailand atau lebih dikenali "kolagen beras" telah terbukti berkesan untuk kulit luaran kita. Sabun ini telah digunakan turun-temurun oleh orang thai dan amat sesuai untuk semua jenis kulit. Khasiat sabun ini terbukti dapat memutihkan kulit, merawat bekas jerawat, kulit kusam, dan kulit akan menjadi lembap.  Selain bertindak sebagai pembekal rumpai laut terbesar di zon utara saya juga merupakan pembekal bagi sabun beras thailanda. Jika anda berminat untuk menjadi Agen atau reseller, hubungi saya untuk harga agen = 0174163696 . KLIK SINI UNTUK MEMBELI SABUN BERAS KOLAGEN



Keunggulan sabun beras thailand ini :
- aman dan tidak mengandung mengandung bahan kimia
- sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan sensitif
- dapat digunakan pada kulit wajah maupun badan
Fungsi untuk kulit wajah:
• khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah dan lembut
• menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
• membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak
• bisa digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah
Fungsi untuk kulit tubuh:
• menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll.
• memberi kesegaran sepanjang hari
• menghilangkan bau badan
Cara penggunaan Sabun Beras Thailand:
• gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 menit kemudian bilas.
• gunakan pada muka & badan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
BERMINAT? KLIK SINI UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN

SMS/CALL/WHATSAPP/WECHAT 

0174163696 (24JAM)

ORANG CINA DAN ORANG MELAYU

Haram apikan perkauman:Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,

1. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara multi-racial seperti Malaysia ini. 

Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudice perkauman.

2. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilan Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

3. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)

“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

4. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titik keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:

“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

5. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Rumpai Laut mengandungi racun

Dunia memaksa manusia bersikap negatif pada setiap perkara. Rumpai laut sudah menjadi trend dalam masyarakat hari ini. Tidak perlu diterangkan lagi apa itu rumpai laut. Jika anda masih belum mendapat info yang lengkap mengenai rumpai laut, sila baca di entri post yang telah saya terangkan. Di dalam Laman Web ini, info lengkap mengenai rumpai laut telah saya terangkan dengan lengkap.

Rumpai Laut Beracun?
Saya merupakan pengedar terbesar di zon utara mewakili Penang, Kedah , dan Perlis. Stok rumpai laut yang disimpan ialah melebihi 100kg. Pada mulanya, tiada perkara negatif yang dicanang di laman sosial, kerana media massa tradisional seperti TV3 telah menerangkan bahawa rumpai laut ini sememangnya baik untuk kesihatan. Tatkala menjadi trend yang hangat di kalangan masyarakat Malaysia, ada pula retorik negatif mula tersebar yang mengatakan bahawa rumpai laut ini beracun dan tiada kolagen di dalamnya. buat pengetahun semua pengguna rumpai laut, Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit. 

Hanya Rumpai laut yang busuk mempunyai racun. bagi mengelakkan rumpai laut busuk dan cepat rosak, pastikan anda simpan di tempat GELAP dan KERING. Teknik penyimpanan yang betul akan mengekalkan kualiti rumpai laut anda. Terdapat beberapa pelanggan yang cuba menajtuhkan perniagaan saya dengan mengatakan bahawa rumpai laut yang saya jual ini beracun. perkara ini terjadi ketika saya berniaga di PASAR KARAT, KG BERJAYA ALOR STAR. individu berkenaan mengaku bahawa dia adalah orang sabah dan rasanya dia adalah seorang tentera berdasarkan saiz badannya. Walaubagaimanapun, saya tidak bertindak negatif, tetapi sebalinya saya hanya berkata, " 70% pelanggan saya telah memberikan maklum balas yang positif, rasanya sudah terbukti keberkesanannya". individu itu terus berlalu dan mengakibatkan beberapa pelanggan saya lari dari pandangan.

Tidak mengapa, saya redha dengan segala yang berlaku. saya yakin rezeki ada pada kehendak Allah. saya bukannya menjual produk tiruan atau rosak, tetapi produk yang mampu memberikan impak positif untuk semua pelanggan saya.

hubungi saya jika mempunyai sebarang kekeliruan mengenai rumpai laut,

0174163696 (zufar)

Wednesday 1 May 2013

RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN. BIAR BETUL.

Sedang kita kedengaran di laman internet ada blog yang membuat fitnah mengenai rumpai laut. Tidak cukup dengan itu, banyak forum yang berbincang serta ingin menjatuhkan industri rumpai laut. Tidak tahukah mereka bahawa industri rumpai laut adalah satu projek kerajaan yang berskala besar dan mempunyai nilai eksport yang menguntungkan untuk dipasarkan ke luar negara. Sebelum kerajaan memutuskan untuk membina industri ini, penyelidikan telah dijalankan oleh saintis negara untuk mencungkil khasiat dan kehebatan rumpai laut pada kesihatan.

Pelbagai komen saya terima dari pelanggan yang telah menjadi pelanggan tetap saya, mengatakan rumpai laut tiada kolagen. Ingin saya tegaskan segala tohmahan dan fitnah dalam laman sesawang serta tiada bukti sahih, semua rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayainya, kerana kita mempunyai saintis-saintis yang telah membuat kajian mengenai rumpai laut. 

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM. 

Ingin saya berikan info ringkas mengenai rumpai laut atau dikenali sebagai ibu kolagen. Diharapkan segala penerangan yang telah diberi dapat merungkaikan segala persoalan atau ragu-ragu di kalangan.
INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia 

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG SOALAN, SILA KEMUKAKAN SOALAN ANDA KE ALAMAT EMAIL ATAU NO TELEFON YANG TERTERA DI BAWAH. SEKIAN TERIMA KASIH, MAJULAH INDUSTRI RUMPAI LAUT UNTUK NEGARA. 

EMAIL : zuzuevans77@gmail.com
NO TELEFON : 0174163696/0133926374

Tuesday 2 April 2013

SENJATA UTAMA WANITA | KEBERKESANAN PMC !

petikan dari laman web = http://yoyoyspa.blogspot.com


Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
Banyakkan bezikir
Banyakan Beristigfar

Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz - dzolimin"
Jangan tidur berseorangan
Baca doa pagi dan petang

Bersugi
Melaksanakan solat jemaah
Berwudhuk sebelum tidur
Menutup aurat

Membaca doa masuk tandas.
Banyak berselawat pada hati
Bertaubat, beristighfar

Banyakan baca Al-Quran
Membaca surah Yassin setiap pagi