Apa itu Kolagen ?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan
manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam
badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,
kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai
polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix
(pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid
amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah,
keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang
sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem
limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis
kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah,
ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat).
Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti
hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
KolaGen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat
yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata,
atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh
tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu
penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan
struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas
mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola
tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan
kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di
bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
mEmelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan
protin pada saraf
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada
setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang
10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir
separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan
kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk
pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis,
arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
TANDA TANDA PENUAAN
kulit kusam
tak bermaya
tiada seri
kulit kedut dan mula kendur
pigmentasi kulit
cepat letih dan lesu
sakit badan dan sendi
mudah lupa
kurang penglihataN
KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal
bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang
berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi
masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah
dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari
kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan predigested collagen telah dicernakan
dahulu dan cepat diserap.
Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur
asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada
kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam
pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino
essential (tidak ada tryptophan).
Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk
pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh
untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan
prestasi bersukan
Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk
meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar
metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa
lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan
tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak
sebagai sumber tenaga.
Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang
menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan
penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan
kulit.
Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini
penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental,
konsentrasi.
Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat
badan.
Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan.
Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong
nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai
karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap
tenaga.
Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan
pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak
80%.